Home

    PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SMKA / KAA WP PUTRAJAYA 2018

    >>Isikan borang atas talian di sini<<

    sebelum atau pada 29 Disember 2017 (Jumaat)

    SYARAT ASAS KEMASUKAN

    1.1 Syarat Umum

    i. Warganegara Malaysia

     

    ii. Murid dari :

    - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);

    - Kelas Aliran Agama (KAA);

    - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);

    - Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);

    - Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);

    - Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS); dan

    iii. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).

    1.2 Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA adalah seperti berikut:

    i. Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:

    a. Memperolehi Gred A dalam  mana-mana 4 mata pelajaran;

    b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabih Al-Muasirah (Lisan atau Penulisan);

    c. Mencapai tahap minimum (Gred E) dalam mata pelajaran lain

    d. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.

    ii. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

    1.3  Syarat akademik bagi pengambilan murid ke KAA adalah seperti berikut:

    i. Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:

    a. Memperolehi Gred A dalam  mana-mana 3 mata pelajaran;

    b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Matematik dan Sains;

    c. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab;

    d. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.

    e. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

    BORANG PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SMKA / KAA WP PUTRAJAYA 2018

    >>Isikan borang atas talian di sini<<

    Pastikan butang "SUBMIT" ditekan dan seterusnya cetak borang yang disalinkan ke emel pemohon.

    Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Blok E2, Tingkat 7, Lobi 2. Parcel E, Putrajaya pada atau sebelum 29 Disember 2017 (Jumaat). Sila lampirkan bersama dokumen berikut:

    1. Salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan Pemohon dan Ibubapa yang disahkan

    2. Salinan keputusan PT3, PBS, PAJSK dan Psikometrik yang disahkan.

     

    Keputusan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu akhir bulan Januari 2018. 
    Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya.

     

    Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Januari 2018 08:30)

     
    Who's Online
    Kami ada 40 tetamu online
    Calendar
    January 2018
    M T W T F S S
    1 2 3 4 5 6 7
    8 9 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31 1 2 3 4
    Calendar Filters
    Latest Activity
    No events