Home
Malay
Terkini JPWPP
Terkini KPM
Sekolah
Tender

Laman Web Rasmi Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

Keputusan Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu SMKA Putrajaya 2015

There are no translations available.

Keputusan Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu SMKA Putrajaya 2015.

 

Surat tawaran boleh diambil di kaunter JPWPP bermula 6 Januari 2015.

Calon-calon yang berjaya dipohon segera membuat pendaftaran di SMKA Putrajaya sebelum 9 Januari 2015.

 

Bagi calon-calon yang menerima tawaran SBP atau MRSM dipohon memaklumkan segera ke pihak JPWPP untuk perhatian:


Ustaz Hashrul Aidil bin Maslan,

Penolong Pengarah Pendidikan Islam,

Sektor Pengurusan Akademik,

Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

Tel:      +603 - 8890 3069/3070 (samb.262)

Fax:     +603 - 8890 3087

E-mel:   This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Terima-kasih

 

<Klik Baca Lanjut untuk senarai \ read more>

Last Updated (Tuesday, 06 January 2015 11:14)

Read more...

 

Iklan Kekosongan Perjawatan Hakiki di Jabatan Pendidikan WP Putrajaya Gred DG34

There are no translations available.

Adalah dimaklumkan bahawa JPWP Putrajaya sedang mencari permohonan bagi mengisi kekosongan Perjawatan DG34 di Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dengan kadar segera.

Kepada yang berminat boleh menghubungi JPWPP di talian 03-8890 3070 / 3073 (Pn. Hajah Farizah binti Hj. Ahmad) atau emelkan resume kepada beliau di alamat This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Sekian, terima kasih.

 

Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Malaysia Pengumuman Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

There are no translations available.

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

 

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

 

Terima kasih.

 

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

 

Senarai Keputusan Ke SMKA Putrajaya dan Kelas Aliran Agama Sekolah Putrajaya Tahun 2015

There are no translations available.

Berikut dilampirkan maklumat murid yang berjaya;

SMKA

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

KAA

  1. SMK Putrajaya Presint 8(1)
  2. SMK Putrajaya Presint 9(2)
  3. SMK Putrajaya Presint  11(1)
  4. SMK Putrajaya Presint 16(1)
  5. SMK Putrajaya Presint 18(1)
  • Surat tawaran boleh diambil di kaunter JPWP Putrajaya bermula 26 Dis 2014.
  • Bagi yang gagal, boleh mengemukakan surat rayuan kepada Pengarah Pendidikan JPWP Putrajaya bermula 29/12/2014 hingga 5/1/2015.
  • Untuk maklumat lanjut sila hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8890 3070 / 3073, Fax: 03-88903087 / 3075, email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Tahniah diucapkan.

Last Updated (Friday, 26 December 2014 15:48)

 

Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia Berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2014

There are no translations available.

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014

 

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014.

Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir. Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif  dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

 

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.

 

Oleh itu, KPM ingin menekankan bahwa keputusan PT3 pada tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PMR yang dijalankan sebelum ini kerana format dan instrumen yang digunakan adalah berbeza.

 

Struktur soalan PT3 berbentuk  subjektif (respon terbuka) berbeza dengan soalan PMR yang berbentuk objektif (aneka pilihan). Struktur soalan baharu ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan benar-benar memahami sukatan pelajaran apabila menjawab soalan peperiksaan berbanding soalan objektif yang hanya memerlukan pelajar menghafal sukatan pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang.

 

Nisbah aras kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3 : 3:4:3 (rendah : sederhana : sukar), manakala PMR : 5:3:2 (rendah : sederhana : sukar). Kaedah pengredan juga berbeza iaitu pengredan PT3 ditetapkan berdasarkan penetapan standard  (kriteria tertentu mengikut mata pelajaran) dan  pengredan PMR adalah berdasarkan penentuan standard (gred ditetapkan mengikut prestasi keseluruhan calon).

 

Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun ini telah ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

 

PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.

PT3 bukan menjadikan murid sebagai bahan ujikaji dan juga bukan disediakan dalam masa yang singkat. Soalan PT3 adalah berdasarkan kurikulum sedia ada yang telah digunapakai untuk PMR. Format soalan PT3 juga adalah selari dengan format instrumen Pentaksiran Sekolah (PS). PS yang dilaksanakan mulai Tingkatan Satu menggalakkan guru mentaksir murid dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti lisan, ujian bertulis, kajian lapangan , kuiz, kajian di makmal sains dan senarai semak. Ini bermakna murid telah didedahkan dengan pelbagai format instrumen ujian sejak tahun 2012.

Keputusan PT3 juga tidak menjejaskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh dan ke aliran sains atau sastera. Pemilihan ke aliran tersebut dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3, tetapi juga mengambilkira pelaporan keempat-empat komponen PBS.

 

Pihak KPM ingin menegaskan bahawa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan sebagai penyebab kemerosotan pencapaian murid adalah tidak benar, kerana soalan KBAT menggalakkan  calon berfikir secara kreatif dan kritis.

 

Selain itu, LP amat mementingkan kesahan dan kebolehpercayaan skor. Untuk memastikan ketekalan pemeriksaan oleh guru, LP telah menyediakan panduan penskoran yang setara, melatih guru-guru untuk memeriksa skrip jawapan calon, serta melantik pentaksir luar yang berkecuali untuk menjalankan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor calon.

 

KPM juga ingin menjelaskan makluman mengenai  empat komponen PBS telah disampaikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan pihak sekolah sejak tahun  2012 lagi. Manakala makluman mengenai PBS dan PT3 sekali lagi telah disampaikan kepada PIBG dan pihak sekolah melalui program turun padang Outreach PBS Public Engagement PIBG.

 

KPM juga telah membuat siri Program Outreach PBS dan Public Engagement PIBG untuk menerangkan tentang empat komponen PBS kepada ibu bapa dan pentadbir sekolah sejak bulan Februari tahun lepas lagi manakala Public Engagement PIBG  yang menerangkan mengenai Pentaksiran Tingkatan 3 (Format instrumen, pentadbiran, penjaminan kualiti) dan empat bentuk pelaporan PBS yang akan diterima oleh calon telah dijalankan pada April hingga Jun 2014.

 

Di samping itu, KPM juga telah melaksanakan hebahan dan memberi kefahaman tentang PT3 kepada pelbagai pihak melalui pelan komunikasi iaitu penerangan tentang PBS kepada masyarakat umum melalui media elektronik seperti radio, televisyen dan portal LP.

 

Program bual bicara di radio dan televisyen utama telah membincangkan PBS dan PT3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi memberi kefahaman kepada pelbagai pihak berkepentingan. Begitu juga dengan iklan PT3 dalam empat bahasa telah disiarkan dalam radio juga media massa lain. Penerangan bagi memberi kefahaman tentang PT3 kepada masyarakat umum juga dibuat melalui media cetak. Artikel dan maklumat tentang PT3 telah disiarkan dalam akhbar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

 

KPM sentiasa menerima pandangan dan maklumbalas daripada semua pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara amnya dan pentaksiran secara khususnya.

 

Sehubungan itu, KPM akan terus meneliti dan mengambil langkah-langkah wajar utuk memperbaiki sebarang kelemahan dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak demi memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang terbaik.

 

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
24 DISEMBER 2014

 

Muat Turun (Klik Pautan di bawah)

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014

 
Bilangan Pelawat
We have 18 guests online
Waktu Beroperasi

Kaunter JPWPP

Isnin - Khamis
8.00 pg - 1.00 tghari
2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00pg - 12.45 tghari
2.45 ptg - 5.00 ptg

Statistik EMiS

Bilangan Sekolah

RENDAH

MENENGAH

JUMLAH

13

11

24

 

Bilangan Murid (Enrolmen)

RENDAH

MENENGAH

JUMLAH

L P L P L P
6071
5825
3880
3013
9951
8838
11,896 6,893 18,789

 

Bilangan Guru


L

P

RENDAH

164

664

MENENGAH

120

620

JUMLAH

284

1,284

(Data seperti pada 31 Mac 2014 EMiS Online)

Dasar Baru KPM

Kalendar
January 2015
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Tapisan Kalendar
Aktiviti Terkini
No events
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval